Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu pemberontak Houthi


shadow

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu puak pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi pada 27 dan 28 Mac lepas.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa menggesa militia Houthi supaya menghentikan provokasi seumpama itu dan Wisma Putra menegaskan sokongan padu Malaysia ke arah usaha mencari satu penyelesaian yang aman dan berpanjangan dalam konflik yang masih berterusan di Yaman.

“Serangan ini sememangnya tidak boleh diterima dan melampau, terutamanya apabila masyarakat antarabangsa sedang menggemblengkan usaha bagi menangani pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas nyawa ribuan manusia di seluruh dunia dan ke atas ekonomi sejagat,” katanya.

Peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi disasarkan ke arah bandar Abha, Khamis Mushait, Riyadh dan Jazan di Arab Saudi.

Bagaimanapun, peluru berpandu yang dilancarkan dapat dipintas dan tiada kematian dilaporkan.

SUMBER – BERNAMA

Tinggalkan komen anda