Marks & Spencer bakal kurangkan 7,000 pekerjaan di UK


shadow

Marks & Spencer bakal mengurangkan 7,000 pekerjaan di United Kingdom (UK) dalam masa tiga bulan lagi, sebagai sebahagian strategi “memperkemaskan lagi perniagaan” untuk mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan syarikat pada Selasa lapor agensi berita Sputnik.Kami hari ini memulakan program konsultasi yang, mereka jangkakan akan menghasilkan pengurangan  (sekitar) 7,000 pekerjaan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Rangkaian peruncit utama itu mendakwa jumlah pendapatannya merosot 38.5 peratus dalam 13 minggu terakhir, sementara penjualan menurun 47.9 peratus sejak kedai dibenarkan dibuka semula pada Jun, selepas sekatan pergerakan dilonggarkan.

Menurut Marks & Spencer, sebahagian besar pengurangan pekerjaan akan dilaksanakan melalui pemberhentian secara sukarela dan persaraan awal pekerja di bahagian sokongan, pengurusan wilayah dan kedai di seluruh UK.

Laporan terbaru Pejabat Statistik Kebangsaan mendedahkan pekerjaan di UK menurun sebanyak 220,000 antara April dan Jun, akibat krisis ekonomi disebabkan COVID-19.

Sky News menjangkakan pengumuman Marks & Spencer itu akan menjadikan jumlah pengurangan pekerjaan dalam kalangan peruncit utama di UK melebihi 30,000 kerana sektor berkenaan mengalami kesan yang mendalam.

Sumber : Bernama

Tinggalkan komen anda