Emir Kuwait meninggal dunia


shadow

 Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, menurut Amiri Diwan.

Pada 23 Julai, Emir berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kuwait (Kuna).

Dia dimasukkan ke hospital pada 18 Julai untuk pemeriksaan dan menjalani pembedahan sehari kemudian, memetik Menteri Amiri Diwan Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah.

Buat masa ini, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah memangku sebahagian tugas Emir.

Bernama

Tinggalkan komen anda