Alex Telles positif Covid-19


shadow

Bintang baharu bek kiri Manchester United Alex Telles diuji dan disahkan positif Covid-19 dalam saringan terbaharunya pada Selasa lalu.

Keputusan itu menyebabkan pemain itu terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan antara Manchester United dan RB Leipzig pada pagi Rabu.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, tuan rumah kendalian Ole Gunnar Solskjaer berpesta gol 5-0 terhadap pasukan Bundesliga Jerman itu di Old Trafford.

Kelab Old Trafford dalam status ciapan Twitter rasminya mengesahkan perkara itu.

“Kami mendoakan Telles pulih segera dari pandemik itu dan kembali segera ke kem pasukan Red Devils,” kata ciapan itu.

Bintang antarabangsa Brazil berusia 27 tahun itu kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selama 10 hari seperti diarahkan pasukan kesihatan United Kingdom.

Pakar pertahanan Brazil itu direkrut dari kelab Portugal FC Porto dengan dana £13.6 juta awal Oktober ini.

Bintang Brazil itu dalam penampilan pertamanya mengerunkan kubu lawan dengan aksi cemerlang menentang Paris Saint Germain di Old Trafford dengan membantu pasukan menang 2-1.https://833231a6831eace8af9d95bc8a510d9b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Bagaimanapun pemain masih belum beraksi dalam Liga Perdana Inggeris termasuk pertemuan seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Old Trafford Ahad lalu.-MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda