Keputusan Apandi bersihkan nama saya tidak salah, kata Najib


shadow

NAJIB Razak tidak bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa bekas Peguam Negara Apandi Ali membuat keputusan salah apabila membersihkan namanya dalam kes SRC International pada 2016.

Najib ketika memberi keterangan di mahkamah hari ini, turut menafikan bahawa keputusan itu mempunyai kaitan dengan pelantikan Apandi dalam lembaga Tabung Haji pada tahun yang sama.

Semasa sesi soal balas, Najib tidak bersetuju dengan cadangan pendakwa raya V. Sithambaram bahawa tindakan Apandi membersihkan namanya sebagai keputusan yang salah.

Sithambaram: Mengikut Akta Tabung Haji 1995, Peguam Negara tidak wajib menjadi ahli lembaga Tabung Haji?

Najib: Mungkin tidak. Saya tidak ingat.

Sithambaram: Berdasarkan penyata bank dan semua bukti, jelas menunjukkan RM42 juta dana SRC International masuk ke akaun anda, dengan pengetahuan anda. Anda bersetuju atau tidak?

Najib: Saya tidak bersetuju.

Sithambaram: Dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa menunjukkan duit yang anda gunakan dari sumber ini (dana SRC) membuatkan anda dikaitkan dengan kesalahan Amla (penggubahan wang haram).

Najib: Saya tidak bersetuju.

Sithambaram: Bukti yang ditunjukkan pada perbicaraan hari ini menunjukkan kepupsan bekas peguam negara (Apandi) adalah salah?

Najib: Saya tidak bersetuju.

Sithambaram: Pelantikannya (Apandi) dalam lembaga Tabung Haji ada kaitan dengan keputusannya dalam kes itu (SRC)?

Najib: Saya tidak bersetuju.

Sithambara: Adakah anda akan memanggil Tan Sri Apandi Ali sebagai saksi kes ini?

Najib: Saya akan mempertimbangkannya.

Pada 26 Januari 2016, Apandi dalam sidang media mengumumkan Najib bersih daripada sebarang kesalahan berkaitan isu SRC.

Kemudian laporan mendedahkan beliau menjadi anggota lembaga pengarah Tabung Haji pada tahun sama.

Beliau kemudian letak jawatan pada 4 Jun 2018.

Tinggalkan komen anda