Pelumba Costa Rica ungguli peringkat ke-4 Le Tour de Langkawi


shadow

PELUMBA Costa Rica Kevin Rivera Serrani daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, mengungguli peringkat keempat yang dikenali sebagai Peringkat Queen, Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Dataran Putrajaya ke Genting Highlands, hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan perlumbaan sejauh 156.1 kilometer itu dalam masa 4 jam 18 minit dan 55 saat.

Danilo Celano dari Team Sapura Cycling di tempat kedua (4:19:05 saat) namun berjaya merampas kedudukan pelumba keseluruhan (Jersi Kuning) daripada pelumba Kazakhstan Yevgeniy Fedorov (Vino-Astana Motors) selepas mengumpul masa keseluruhan 14 jam 8 minit dan 28 saat.

Tempat ketiga dimenangi juara edisi 2018 pelumba dari Russia Artem Ovechkin (Terengganu Inc. TSG Cycling Team) dengan catatan masa 14:19:38 saat.

Tinggalkan komen anda