Tiga doktor di Indonesia meninggal dunia disyaki akibat Covid-19


shadow

Tiga doktor di Indonesia dilapor meninggal dunia akibat pendedahan kepada koronavirus Sars-Cov-2 yang menyebabkan jangkitan Covid-19 pada Sabtu lalu.

Ketiga-tiga doktor tersebut ialah Dr Adi Mirsa Putra dari Bekasi, Dr Djoko Judodjoko dari Bogor, dan Dr. Hadio dari Bintaro, Jakarta Selatan

Menurut CNN Indonesia, dua mangsa iaitu Adi Mirsa dan Hadia menerima rawatan di Hospital Persahabatan manakala Djoko menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tentera Gatot Soebarto, Jakarta.

“Untuk data yang tepat, saya belum dapat tetapi ia akan dikemukakan oleh ketua pengarah,” kata Ketua Perhubungan Awam Hospital Persahabatan, Eryuni Yanti.

Berita tentang kematian Dojoko yang juga seorang pakar bedah Indonesia turut mendapat perhatian seorang doktor iaitu Pandu Priono melalui ciapannya di Twitter.

“Djoko disyaki dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit yang dijangkiti penyakit yang sama.

“Dia juga dijangkiti kerana kekurangan alat-alat perubatan di hospital tersebut,” katanya dalam ciapan tersebut.

Covid-19 bermula di ibu negeri Hubei, Wuhan dan merebak hampir ke seluruh dunia. Ketika ancaman wabak itu di China semakin terkawal, di negara lain ia semakin merebak, termasuk di Asia Tenggara

Indonesia pada hari ini mencatatkan 450 kes dengan 38 kematian, manakala 20 kes dilapor kembali pulih.

Berikutan itu pihak berkuasa Indonesia melakukan kerja-kerja disinfeksi di lima wilayah di Jakarta.

Tinggalkan komen anda