‘Saya letak jawatan demi PH’ : Tun Mahathir


shadow

“Saya tidak ada sokongan parti dan saya fikir jika ini terus berlaku maka kerajaan PH akan runtuh maka saya fikir, lebih baik saya letak jawatan agar parti kita terus mentadbir,” demikian luahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi sesi temubual yang dilakukan bersama Tun Mahathir, beliau menyatakan bahawa keputusan itu diambil adalah bagi menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mahathir menambah, selepas mentadbir negara selama 20 bulan beliau merasakan telah kehilangan sokongan dari parti sendiri dimana ia merupakan sebab utama peletakan jawatan itu dibuat.

“Saya dinasihatkan oleh pusat (Central Commitee of the party) agar tidak berbuat apa-apa ketika itu cuma perlu melihat namun parti terbabit bertegas untuk meninggalkan Pakatan Harapan.

“Apabila parti tersebut menarik diri, maka runtuhlah Pakatan Harapan. Jadi pada malam kejadian, saya berfikir panjang.

“Justeru, saya membuat keputusan untuk letak jawatan sebagai pengerusi BERSATU serta Perdana Menteri. Itulah yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemubual Bloomberg News baru-baru ini.

Jelas beliau, ketika itu, di dalam parlimen majoriti undian telah memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ahli Pakatan Harapan (PH) memberi 192 undian manakala Mahathir hanya 66 undian sahaja.

Bagaimanapun, beberapa parti dalam PH telah meminta beliau untuk membentuk kerajaan baharu namun ia tidak mendapat undian majoriti.

Ia menyebabkan kemelut politik terus berlarutan dan sekiranya PH berikan 92 undian, beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Perletakan jawatan bukan satu kesilapan, ia perkara normal. Namun, jika mendapat sokongan dari Pakatan Harapan, parti sendiri, Sabah dan Sarawak, semua perkara tamat di situ.

“Sesetengah ahli PH merasakan mereka ditipu dan beranggapan partinya ada majoriti dan mahu bergerak ke hadapan. Pada masa itu, saya tidak nampak Tan Sri Muyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri.

Tun Mahathir menambah, ketika Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri, PH mempunyai 114 kerusi berbanding Perikatan Nasional 111.

Bagaimanapun katanya, sekarang mungkin 108 kerusi apabila segelintir ahli menyertai Muhiyiddin.

“Sebab itu undi tidak percaya tidak akan selesaikan masalah kerana tidak mempunyai majoriti ahli di parlimen,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda