Kelulusan moratorium pinjaman bank diberi automatik kepada B40


shadow

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengingatkan kelulusan untuk moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank diberi secara automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil, namun mereka perlu memohonnya.

“Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021.

Beliau menjelaskan moratorium juga tersedia untuk golongan M40 dan T20 yang boleh dimohon kepada bank masing-masing.

Beliau bagaimanapun meminta wakil rakyat merenung adakah adil golongan kaya yang mampu membayar hutang diberi moratorium.

“Bukankah lebih baik mereka bayar hutang agar masuk sistem perbankan untuk jana lebih banyak pinjaman khusus kepada perniagaan dan industri yang cipta pekerjaan,” katanya.

Tinggalkan komen anda